CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Selasa, 29 April 2008

PENGENALAN SEKOLAH

LOGO

PENERANGAN LOGO
MERAH:Pelita Melambangkan ilmu sebagai penyuluh hidup. Api yang bernyala melambangkan keberanian dan kegigihan dalam perjuangan menuntut ilmu.



KUNING:Perisai melambangkan ilmu sebagai benteng penghalang unsur-unsur negatif dalam kehidupan. Warna kuning melambangkan sinar kehidupan yang terang benderang.



PUTIH:
Melambangkan tulus dan ikhlas dalam menuntut ilmu agar dapat melaksanakannya dengan amanah dan jujur.



HIJAU:Meletakkan ilmu sebagai wadah kehidupan yang luhur dalam iklim persekolahan.

MOTO

- Ilmu itu cahaya -

IKRAR PELAJAR

Bahawasanya kami
Pelajar-pelajar
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Jiring
Berikrar dan berjanji
Akan menjadi pelajar yang cemerlang
Dari segi akademik
Dan kokurikulum
Serta unggul
Dari segi sahsiah

Kami berjanji
Akan menaikkan imej SMKATJ
Dengan menampilkan
Imej diri yang positif dan berteraskan Islam

Kami akan sentiasa
Berpakaian kemas
Dan beradab sopan
Terhadap guru-guru dan rakan-rakan

Kami berjanji
Akan mengamalkan
Cara hidup Islam yang cemerlang
Untuk mengangkat martabat SMKA
Sebagai institusi pendidikan yang unggul

PIAGAM

S

:

Sentiasa berusaha mempertingkatkan pencapaian akademik pelajar-pelajar kami.

M

:

Memastikan semua pelajar sekolah ini mendapat peluang belajar yang optimum.

K

:

Kerjasama yang erat di kalangan ahli masyarakat dalam dan luar sekolah.

A

:

Amanah dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab.

T

:

Tahap yang cemerlang menjadi motto dan konsep kami.

O

:

Organisasi yang peka, prihatin dan penyayang.

K

:

Kesihatan fizikal dan mental masyarakat sekolah.

J

:

Jasa bakti yang berterusan dan berpanjangan.

I

:

Imaginatif, inovatif, kreatif, proaktif dan produktif.

R

:

Ramah mesra dan tatasusila.

I

:

Iklim perkhidmatan dan persekitaran sekolah yang bersih dan harmoni.

N

:

Norma dan nilai-nilai mulia diamalkan.

G

:

Generasi yang berilmu, beriman, beramal soleh dan bertaqwa dilahirkan.

GAMBAR PANORAMA SEKOLAH

PENUTUP

SMKA Tok Jiring telah banyak melakar kejayaan dalam pelbagai bidang terutamanya dalam bidang koakademik sama ada di peringkat daerah, negeri mahupun peringkat kebangsaan dan sekolah ini juga berjaya melahirkan pelajar yang cemerlang dalam pelbagai bidang. Saya sangat gembira kerana dapat menyiapkan blog ini walaupun masa yang diberikan sangat singkat. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi membantu saya dan tidak lupa juga kepada keluarga saya serta guru-guru. Tanpa sokongan anda mungkin saya tidak dapat menyiapkan blog ini dalam masa yang ditetapkan.

LAGU SEKOLAH

Madrasah Tok Jiring sekolah kami,
Saban hari kau kami kunjungi,
Mendidik kami ilmu adab,
Sedari kecil segalanya dimulakan,
Sekolah kami,

Kau bonda kami... kekasih kami,
Kau tunjukkanlah jalan ke syurga,
Kau bonda kami... sekolah kami,
Kekasih kami,

Kau di sanubari,
Subur bersama hidup kami,
Tanpamu kami takkan jadi insan,
Berilmu, beradab, pintar dan ikhlas,
Kami sayang.... selamanya....

LOGO PASUKAN LAMAN WEB

logo

KEJAYAAN SEKOLAH

1)P.U.M SMKATJ JUARA KONVENSYEN P.U.M NEGERI


Tahniah buat syarikat MaFeo Entrepreneur Sdn Bhd sek Smka Tok Jiring kerana telah berjaya mewakili negeri Terengganu ke peringkat kebangsaan dalam konvensyen PUM. Buat pengetahuan anda, wakil sekolah kita telah berjaya membolot 6 drpd 8
kategori. Antaranya :
- Syarikat Terbaik
- Laporan Syarikat Terbaik
- Persembahan Terbaik
- Pengurus Terbaik
- Produk Kreatif
- Perkhidmatan Kreatif

Tahniah kepada guru pembimbing PUM iaitu Puan Ruhaida dan Puan Zaharah serta semua ALP yang menyertai konvensyen tersebut.


2) KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH (PMR) TERBAIK DI MALAYSIA 2005

3) SUBJEK BIOLOGY 4 TAHUN BERTURUT-TURUT TERBAIK SMKA MALAYSIA.

4) SUBJEK SYARIAH ISLAMIAH TERBAIK MALAYSIA 2006.

5) SUBJEK PRINSIP AKAUN, PENDIDIKAN AL-QURAN AS-SUNNAH TEMPAT KEDUA TERBAIK SMKA MALAYSIA.

6) ENGLISH FOR SCIENCE AND TECHOLOGY TEMPAT KETIGA TERBAIK SMKA MALAYSIA.

7 ) HASANAH MAHMUD TOP 40 TERBAIK PMR 2007.

AKTIVITI DALAM SEKOLAH

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Sabtu, 5 April 2008 - Sempena sambutan Maulidur Rasul yang lepas, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Jiring telah mengadakan satu sambutan di Dewan Abbas sempena meraikan hari kelahiran insan teragung yang disanjungi oleh seluruh umat Islam. Majlis ini telah diadakan pada pukul 11.00 pagi selepas majlis penyampaian hadiah pada sebelah pagi diadakan.

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH

Sabtu, 5 April 2008 - Hari Sabtu iaitu hari ini adalah merupakan hari persekolahan sempena menggantikan cuti yang diambil oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Jiring pada hari Khamis lepas. Pada hari ini, telah diadakan satu majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang Pertandingan Kawad Kaki 2008 dan juga Konvensyen Program Usahawan Muda (PUM) yang diadakan baru-baru ini. Semua pelajar diminta masuk ke Dewan Abbas pada pukul 9.15 pagi untuk menyaksikan majlis tersebut.

PERKONGSIAN GEMILANG

Rabu, 19 Mac 2008- Sebuah kem motivasi yang dinamakan Perkongsian Gemilang pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Jiring 2008 bersama beberapa orang bekas pelajar sekolah tersebut yang terbilang dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2007 telah diadakan di Dewan Abbas. Kem ini diadakan bertujuan untuk menyuntik semangat ke dalam diri para pelajar tingkatan lima 2008 agar dapat mencipta kegemilangan dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang akan diduduki pada akhir November tahun ini.

MAJLIS TADARUS AL-QURAN DAN IHTlFAL

Khamis, 6 mac 2008, Majlis Tadarus Al-Quran dan Ihtifal peringkat sekolah telah berjaya dlaksanakan. Antara aktiviti yang berlangsung di dalam majlis tersebut ialah tilawah Al-Quran lelaki dan perempuan, hafazan lelaki dan perempuan, Kalimatus Sobah (ucapan pagi), Al-Hiwar (perbualan atau drama), Ikhtibaruz Zaka’ (kuiz), Khitobah (syarahan) ,Addinu Khitobah (syarahan agama), dan Riwayatul Qisas (bercerita). Majlis tersebut diakhiri dengan perasmian penutup dan penyampaian hadiah kepada pemenang oleh PK Hal Ehwal Murid En. Harun Bin Mohamad serta PK Kokorikulum En. Kamarulzaman Ismail diiringi Ustazah Saminah Binti Mustaffa sebagai guru penyelaras program.

MAJLIS WATIKAH PERLANTIKAN PEMIMPIN MURID SMKA TOK JIRING 2008

Rabu,9 April 2008-Tepat pada pukul 7.20 pagi, barisan pemimpin-pemimpin murid Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Jiring yang terdiri daripada Ahli Majlis Pemimpin Pelajar, Pengawas Pusat Sumber Sekolah dan juga Pembimbing Rakan Sebaya masuk ke Dewan Abbas bagi mengikuti Majlis Watikah Perlantikan Pemimpin Murid SMKA Tok Jiring tahun 2008.

PERTANDINGAN KAWAT KAKI 2008

Selasa,25 Mac 2008- Pertandingan kawad kaki peringkat sekolah telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Jiring pada hari tersebut. Pertandingan ini dijalankan di dua buah stesen iaitu di Dataran Fikrah bagi pelajar putera dan di padang asrama putera bagi pelajar puteri. Setiap pasukan beruniform iaitu Persatuan Kadet Bomba, Persatuan Kadet Bersatu Malaysia, Persatuan Kadet Remaja Sekolah, Persatuan Pengakap, Persatuan Kadet Polis,Pergerakan Puteri Islam, Persatuan Pandu Puteri dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia telah menghantar platun masing-masing dalam pertandingan ini. Acara pertandingan ini telah dihakimi oleh beberapa orang guru dari beberapa aspek antaranya ialah kawad dinamik dan dari segi keunikan formasi masing-masing.

KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH

KHAMIS - Kejohanan merentas desa peingkat sekolah telah diadakan anjuran Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Jiring.Acara ini telah dipelopori oleh pelajar lelaki.Acara ini telah terbahagi kepada tiga kategori iaitu,tingkatan satu,L2 bagi tingkatan dua dan tiga dan L1 bagi tingkatan empat dan lima.Kejohanan bermula kira-kira pukul 8.30 pagi.

Kejohanan dimulai dengan acara memanas badan.Larian bermula apabila wisel dibunyikan.Sebelum acara merentas desa dimulakan satu tazkirah telah disampaikan oleh YM Ustaz Che Ku Mah Hussin. Pelajar perempuan juga tidak terlepas peluang menyertai acara senamrobik yang diadakan di padang sekolah.Kira-kira jam 12.00 tengah hari bertempat di Dewan Darul Ilmi,acara kemuncak kejohanan telah diadakan.

Acara penyampaian hadiah buat peserta merentas desa yang telah memenangi pertandingan ini.Majlis penyampaian hadiah telah diramsikan oleh Penolong Kanan 1,Ustaz Awi Bin Salleh.Juara keseluruhan untuk pertandingan merentas desa pada kali ini disandang oleh rumah merah,diikiuti oleh rumah kuning,hijau dan biru.Anda boleh melihat sedikit gambar yang diambil semasa aktiviti ini dijalankan di Galeri laman web ini.

Ahad, 27 April 2008

TOKOH


Lahir di Kampung Bukit Puteri, Kuala Besut hampir seabad yang lalu. Lebih mesra dengan panggilan To’ Guru Haji Abbas kerana kealiman yang diakui umum khususnya dalam bidang ilmu feqah yang merangkumi 4 mazhab iaitu Shafie, Maliki, Hanafi dan Hambali menerusi gerakan pendidikan pondok.

Mendapat pendidikan awal di Pondok Haji Mohd bin Haji Hussein, Kuala Besut. Kemudian ketika berusia 14 tahun beliau telah melanjutkan pelajarannya ke Mekah selama 8 tahun. Dari Mekah beliau ke India menyambung pengajian di Universiti Al-Jamiah Al-Islamiah, Gujerat ketika berusia 22 tahun. Setelah pulang ke tanah air, 4 tahun kemudian beliau datang kembali ke Benua Kecil Hindi meneruskan pengajiannya di Universiti Darul Ulum Dioband selama 1 tahun pada tahun 1938.

Berpegang kepada prinsip hidup mesti beramal, berbakti dan berkorban demi mencapai keredhaan Allah. Ilmu wajib diperkembangkan demi kesejahteraan umat seluruhnya telah membuktikan prinsip itu dengan mengasaskan sebuah pondok di kampung kelahirannya yang diberi nama Jamiah Diniah. Bersama beberapa orang Ulama’ yang lain beliau membuka sebuah pondok lain di Kampung Raja, Besut iaitu Madrasah Nurul Ittifaq, selepas itu di Kuala Besut beliau mengasaskan Darul Adib Al-Khursani.

Gerakan pendidikan dan dakwah tokoh ini tidak terhad di kawasan Besut sahaja, malah melewati sepadan Bukit Yong di Negeri Kelantan Darul Naim dengan membuka beberapa buah pondok mulai tahun 1945. Seterusnya dari Kelantan beliau berhijrah ke Kuala Terengganu mengasaskan pondok Tok Jiring yang terkenal itu pada tahun 1953 sehingga berkembang menjadi sebuah Sekolah Menengah Agama sehingga kerajaan negeri mengambil alih pentadbirannya pada 1962 dan pada tahun 1976 Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil alih pentadbirannya dan dinaikkan taraf sebagai sebuah sekolah menengah agama yang termoden di Terengganu.

Keistimewaan Tuan Guru Haji Abbas juga terserlah melalui beberapa hasil karya ilmiah dalam bidang keagamaan. Atas segala bakti itu Kerajaan Negeri Terengganu Darul Iman telah mengistiharkannya sebagai Tokoh Ulama’ dalam Majlis Sambutan Ma’al Hijrah tahun 1409. Pada 17 April 1989 DYMM Tuanku Al Sultan telah berkenan mengurniakan Bintang Kebesaran Negeri Terengganu, (DPMT) kepadanya yang membawa gelaran Dato’ kepadanya.

Lanjutan daripada itu beliau dianugerahkan sebagai Tokoh Guru Terengganu tahun 1990. Pada 16 Mei 1991, beliau sekali dianugerahkan sebagai Tokoh Guru Peringkat Nasional.

Begitu juga dengan keterlibatan beliau dalam politik yang pernah dilantik sebagai senator selama 6 tahun oleh Dewan Undangan Negeri Terengganu pada awal tahun 60an.

Beliau mempunyai 15 orang anak. Salah seorang daripadanya meneruskan pendidikan pondok ialah Encik Abdul Aziz bin Haji Abbas. Pada 1 Julai 1997 beliau telah kembali ke rahmatullah.

SEJARAH PENUBUHAN



Sekolah ini dibuka pada tahun 1953 dan diasaskan oleh Tuan Haji Abas bin Mohammad dalam bentuk pengajian pondok dengan jumlah pelajarnya seramai 180 orang. Pelajaran yang diberikan adalah percuma dan para guru tidak dibayar gaji atau elaun dalam bentuk kewangan. Sebaliknya sumber kewangan sekolah pada masa itu datang dari sumbangan dan dermadaripada masyarakat setempat.

Hanya pada tahun 1961, Kerajaan Negeri Terengganu mula menghulurkan bantuan kewangan terutamanya kepada guru. Kemudian pada tahun 1965, sekolah ini telah diletakkan di bawah pentadbiran Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu dan sistem pengajian pondok ditukar kepada sistem sekolah agama dan arab yang ditadbir sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Terengganu.

Seterusnya bermula pada 1 Januari 1977, sekolah ini telah diserahkan sepenuhnya kepada Kementerian Pelajaran Malaysia dengan jumlah pelajarnya seramai 576 orang pelajar dan 15 orang guru.

Pada tahun 1982, sekolah ini dikategorikan sebagai sekolah menengah gred A. Dalam sejarahnya selama 53 tahun, sekolah ini telah berkembang maju menjadi sebuah institusi yang terkemuka di Negeri Terengganu khasnya dan setanding dengan sekolah-sekolah yang terkemuka di Malaysia.

Kini, pelajarnya berjumlah 1350 orang manakala bilangan guru berjumlah 85 orang serta diterajui seramai 11 orang pengetua.

MISI SMKA TOK JIRING

SMKA Tok Jiring cemerlang menjelang 2010

MISI SMKA TOK JIRING

Melahirkan insan berilmu dan mengamalkan cara hidup Islam yang cemerlang melalui pendidikan berkualiti bagi memenuhi aspirasi negara dan ummah