CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Selasa, 29 April 2008

AKTIVITI DALAM SEKOLAH

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Sabtu, 5 April 2008 - Sempena sambutan Maulidur Rasul yang lepas, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Jiring telah mengadakan satu sambutan di Dewan Abbas sempena meraikan hari kelahiran insan teragung yang disanjungi oleh seluruh umat Islam. Majlis ini telah diadakan pada pukul 11.00 pagi selepas majlis penyampaian hadiah pada sebelah pagi diadakan.

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH

Sabtu, 5 April 2008 - Hari Sabtu iaitu hari ini adalah merupakan hari persekolahan sempena menggantikan cuti yang diambil oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Jiring pada hari Khamis lepas. Pada hari ini, telah diadakan satu majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang Pertandingan Kawad Kaki 2008 dan juga Konvensyen Program Usahawan Muda (PUM) yang diadakan baru-baru ini. Semua pelajar diminta masuk ke Dewan Abbas pada pukul 9.15 pagi untuk menyaksikan majlis tersebut.

PERKONGSIAN GEMILANG

Rabu, 19 Mac 2008- Sebuah kem motivasi yang dinamakan Perkongsian Gemilang pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Jiring 2008 bersama beberapa orang bekas pelajar sekolah tersebut yang terbilang dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2007 telah diadakan di Dewan Abbas. Kem ini diadakan bertujuan untuk menyuntik semangat ke dalam diri para pelajar tingkatan lima 2008 agar dapat mencipta kegemilangan dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang akan diduduki pada akhir November tahun ini.

MAJLIS TADARUS AL-QURAN DAN IHTlFAL

Khamis, 6 mac 2008, Majlis Tadarus Al-Quran dan Ihtifal peringkat sekolah telah berjaya dlaksanakan. Antara aktiviti yang berlangsung di dalam majlis tersebut ialah tilawah Al-Quran lelaki dan perempuan, hafazan lelaki dan perempuan, Kalimatus Sobah (ucapan pagi), Al-Hiwar (perbualan atau drama), Ikhtibaruz Zaka’ (kuiz), Khitobah (syarahan) ,Addinu Khitobah (syarahan agama), dan Riwayatul Qisas (bercerita). Majlis tersebut diakhiri dengan perasmian penutup dan penyampaian hadiah kepada pemenang oleh PK Hal Ehwal Murid En. Harun Bin Mohamad serta PK Kokorikulum En. Kamarulzaman Ismail diiringi Ustazah Saminah Binti Mustaffa sebagai guru penyelaras program.

MAJLIS WATIKAH PERLANTIKAN PEMIMPIN MURID SMKA TOK JIRING 2008

Rabu,9 April 2008-Tepat pada pukul 7.20 pagi, barisan pemimpin-pemimpin murid Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Jiring yang terdiri daripada Ahli Majlis Pemimpin Pelajar, Pengawas Pusat Sumber Sekolah dan juga Pembimbing Rakan Sebaya masuk ke Dewan Abbas bagi mengikuti Majlis Watikah Perlantikan Pemimpin Murid SMKA Tok Jiring tahun 2008.

PERTANDINGAN KAWAT KAKI 2008

Selasa,25 Mac 2008- Pertandingan kawad kaki peringkat sekolah telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Jiring pada hari tersebut. Pertandingan ini dijalankan di dua buah stesen iaitu di Dataran Fikrah bagi pelajar putera dan di padang asrama putera bagi pelajar puteri. Setiap pasukan beruniform iaitu Persatuan Kadet Bomba, Persatuan Kadet Bersatu Malaysia, Persatuan Kadet Remaja Sekolah, Persatuan Pengakap, Persatuan Kadet Polis,Pergerakan Puteri Islam, Persatuan Pandu Puteri dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia telah menghantar platun masing-masing dalam pertandingan ini. Acara pertandingan ini telah dihakimi oleh beberapa orang guru dari beberapa aspek antaranya ialah kawad dinamik dan dari segi keunikan formasi masing-masing.

KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH

KHAMIS - Kejohanan merentas desa peingkat sekolah telah diadakan anjuran Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Jiring.Acara ini telah dipelopori oleh pelajar lelaki.Acara ini telah terbahagi kepada tiga kategori iaitu,tingkatan satu,L2 bagi tingkatan dua dan tiga dan L1 bagi tingkatan empat dan lima.Kejohanan bermula kira-kira pukul 8.30 pagi.

Kejohanan dimulai dengan acara memanas badan.Larian bermula apabila wisel dibunyikan.Sebelum acara merentas desa dimulakan satu tazkirah telah disampaikan oleh YM Ustaz Che Ku Mah Hussin. Pelajar perempuan juga tidak terlepas peluang menyertai acara senamrobik yang diadakan di padang sekolah.Kira-kira jam 12.00 tengah hari bertempat di Dewan Darul Ilmi,acara kemuncak kejohanan telah diadakan.

Acara penyampaian hadiah buat peserta merentas desa yang telah memenangi pertandingan ini.Majlis penyampaian hadiah telah diramsikan oleh Penolong Kanan 1,Ustaz Awi Bin Salleh.Juara keseluruhan untuk pertandingan merentas desa pada kali ini disandang oleh rumah merah,diikiuti oleh rumah kuning,hijau dan biru.Anda boleh melihat sedikit gambar yang diambil semasa aktiviti ini dijalankan di Galeri laman web ini.

1 comments:

faisol berkata...

selamat Berpuasa... semoga segala ibadah kita diterima oleh Allah SWT, amin...

saya membuat tulisan tentang "Bagaimana Menjadi Khatib Efektif?"
silakan berkunjung ke:

http://achmadfaisol.blogspot.com/2008/08/bagaimana-menjadi-khatib-efektif-1-of-2.html
(link di atas adalah tulisan ke-1 dr 2 buah link bagaimana menjadi khatib efektif?)

tulisan ini ttg : teknik berpidato/retorika/khithabah & dakwah (bukan sekadar berkata-kata)...

semoga bermanfaat..
semoga Allah menyatukan dan melembutkan hati semua umat Islam, amin...

salam,
achmad faisol
http://achmadfaisol.blogspot.com/